Godaan, Menggoda Lihat juga Bertahan; Hak pilihan; Iblis Ujian akan kemampuan seseorang untuk memilih yang baik dan bukan yang jahat; bujukan untuk berdosa dan mengikuti Setan dan bukan Tuhan. Janganlah menuntun kami ke dalam godaan, tetapi bebaskanlah kami daripada jahat, Mat. 6:13 (3 Ne. 13:12). Dia tidak akan membiarkan kamu dicubai lebih daripada yang dapat kamu tanggung, 1 Kor. 10:13. Kristus dicubai dalam segala hal seperti kita sendiri, Ibr. 4:14–15. Berbahagialah orang yang bertahan dalam godaan, Yak. 1:12–14. Godaan dari musuh tidak dapat mengalahkan mereka yang mematuhi firman Tuhan, 1 Ne. 15:24 (Hel. 5:12). Manusia tidak dapat bertindak bagi dirinya sendiri kecuali dia dipujuk oleh satu atau yang lain, 2 Ne. 2:11–16. Berjaga dan berdoa secara berterusan, agar kamu tidak digoda melebihi apa yang dapat kamu tanggung, Alma 13:28. Ajarlah mereka untuk menahan setiap godaan iblis, dengar iman mereka kepada Tuhan Yesus Kristus, Alma 37:33. Berdoa selalu agar jangan mereka jatuh ke dalam godaan, 3 Ne. 18:15, 18 (A&P 20:33; 31:12; 61:39). Berhati-hatilah dengan kesombongan, agar jangan engkau masuk ke dalam godaan, A&P 23:1. Adam menjadi tunduk pada kehendak iblis, kerana dia menyerah pada godaan, A&P 29:39–40. Aku ditinggalkan pada segala godaan, JS—S 1:28.