Pekerjaan-pekerjaan Tindakan seseorang baik mahupun tidak baik. Setiap orang akan diadili mengikut pekerjaan diri mereka. Tuhan akan mengadili setiap orang menurut pekerjaan mereka, Ams. 24:12. Biarlah cahayamu bersinar sedemilkian kepada semua bangsa, agar mereka boleh melihat pekerjaan baikmu, Mat. 5:16 (3 Ne. 12:16). Dia yang melakukan kehendak Bapa-Ku akan memasuki ke dalam kerajaan syurga, Mat. 7:21. Iman tanpa perbuatan adalah mati, Yak. 2:14–26. Mereka mesti dihakimkan menurut kerja-kerja mereka, 1 Ne. 15:32 (Mosia 3:24). Kita tahu bahawa melalui rahmat kita diselamatkan, setelah kita melaksanakan sebaik yang mampu, 2 Ne. 25:23. Ajarlah mereka agar jangan sekali lelah akan perbuatan-perbuatan baik, Alma 37:34. Memang dituntut bahawa manusia hendaknya di hakimi menurut perbuatan mereka, Alma 41:3. Melalui pekerjaan mereka kamu akan mengenali mereka, Moro. 7:5 (A&P 18:38). Aku, Tuhan, akan menghakimi semua orang menurut pekerjaan mereka, A&P 137:9.