Bantuan Pengkajian
Petrus


Petrus

Dalam Perjanjian Baru, Petrus semula dikenal sebagai Simeon atau Simon (2 Ptr. 1:1), nelayan dari Betsaida yang tinggal di Kapernaum bersama isterinya. Yesus menyembuhkan ibu mertua Petrus (Mrk. 1:29–31). Petrus dipanggil bersama adiknya Andreas untuk menjadi pengikut Yesus Kristus (Mat. 4:18–22; Mrk. 1:16–18; Luk. 5:1–11). Nama bahasa Aramianya, Kefas, ertinya “seorang pelihat” atau “batu,” diberikan kepadanya oleh Tuhan (Yoh. 1:40–42; TJS, Yoh. 1:42 [Lampiran]). Sementara Perjanjian Baru menyebut-nyebut beberapa kelemahan fana Petrus, itu juga menunjukkan bahawa dia mengatasinya dan dijadikan kuat melalui imannya kepada Yesus Kristus.

Petrus mengakui bahawa Yesus ialah Kristus dan Putera Tuhan (Yoh. 6:68–69), dan Tuhan memilihnya untuk memegang kunci-kunci kerajaan di atas bumi (Mat. 16:13–19). Di Gunung Perubahan Rupa, Petrus melihat Juruselamat yang berubah rupa, seperti juga Musa dan Elias (Elia) (Mat. 17:1–9).

Petrus adalah Rasul utama pada masanya. Setelah kematian, kebangkitan, dan kenaikan Juruselamat, dia memanggil Gereja bersama dan mengarahkan panggilan seorang Rasul untuk menggantikan Yudas Iskariot (Kis. 1:15–26). Petrus dan Yohanes menyembuhkan seorang lelaki yang lumpuh sejak lahir (Kis. 3:1–16) dan secara ajaib dibebaskan dari tahanan (Kis. 5:11–29; 12:1–19). Melalui pelayanan Petruslah Injil pertama kali dibukakan kepada orang-orang bukan Israel (Kis. 10–11). Pada zaman akhir, Petrus, bersama Yakobus dan Yohanes, datang dari syurga dan menganugerahkan Imamat Melkisedek dan kunci-kuncinya ke atas Joseph Smith dan Oliver Cowdery (A&P 27:12–13; 128:20).

Surat Petrus yang pertama

Surat pertama ditulis dari “Babel” (mungkin Rom) dan dikirim kepada para Orang Suci di tempat yang sekarang disebut Asia Kecil segera setelah Nero mulai menganiaya orang-orang Kristian.

Bab 1 berbicara tentang peran yang ditahbiskan sebelumnya dari Kristus sebagai Penebus. Bab 2–3 menjelaskan bahawa Kristus adalah batu penjuru utama Gereja, bahawa para Orang Suci memegang imamat yang diraja, dan bahawa Kristus berkhutbah kepada roh-roh di dalam penjara. Bab 4–5 menjelaskan mengapa Injil dikhutbahkan kepada yang mati dan mengapa para penatua mesti memberi makan kawanan domba.

Surat Petrus yang kedua

Bab 1 mendesak para Orang Suci untuk menjadikan panggilan dan pemilihan mereka pasti. Bab 2 memperingatkan terhadap pengajar palsu. Bab 3 berbicara tentang zaman akhir dan Kedatangan Kedua Kristus.

Cetak