Kesabaran Lihat juga Bertahan; Lembut Hati, Kelembutan Hati Ketahanan yang tenang; kemampuan untuk menanggung kesengsaraan, penghinaan, atau cedera tanpa keluhan atau tuntutan pembalas. Bersandarlah kepada Tuhan, dan tunggulah dengan sabar akan Dia, Mzm. 37:7–8. Dia yang lambat murka adalah berpengertian besar, Ams. 14:29. Dalam kesabaranmu milikilah kamu jiwamu, Luk. 21:19. Kita memiliki harapan melalui kesabaran dan penghiburan tulisan suci, Rm. 15:4. Jadilah pengikut dari mereka yang melalui iman dan kesabaran mewarisi janji-janji, Ibr. 6:12–15. Biarlah kesabaran memiliki pekerjaannya yang sempurna, agar kamu boleh sempurna dan seluruh, Yak. 1:2–4. Kamu telah mendengar tentang kesabaran Ayub, Yak. 5:11. Mereka tunduk dengan riang dan dengan kesabaran pada segala kehendak Tuhan, Mosia 24:15. Engkau menanggung segala sesuatu ini dengan kesabaran kerana Tuhan besertamu, Alma 38:4–5. Teruslah dalam kesabaran sampai kamu disempurnakan, A&P 67:13.