Bantuan Pengkajian
Saumaah


Saumaah

Sebuah tempat pertemuan yang digunakan untuk tujuan keagamaan [rumah ibadat]. Pada zaman Perjanjian Baru, perabotnya secara umum sederhana, terdiri dari sebuah peti yang menyimpan gulungan hukum dan tulisan suci lain, sebuah meja baca, dan kerusi-kerusi untuk yang beribadat.

Suatu majlis penatua tempatan menguruskam setiap saumaah. Mereka memutuskan siapa yang akan diterima dan siapa yang akan dilarangkan (Yoh. 9:22; 12:42). Pegawai rasmi yang paling penting adalah penguasa saumaah (Mrk. 5:22; Luk. 13:14). Dia umumnya adalah ahli Taurat, mengurus bangunan, dan mengawasi pelayanan. Seorang pegawai melaksanakan kewajipan kepaderian (Luk. 4:20).

Ada saumaah di setiap kota di mana orang-orang Yahudi tinggal, baik di Palestina mahupun di tempat lain. Ini adalah bantuan yang besar dalam menyebarkan Injil Yesus Kristus kerana para penginjil Gereja dahulu biasanya dapat berucap di dalam saumaah (Kis. 13:5, 14; 14:1; 17:1, 10; 18:4). Praktik yang sama ini terjadi di antara para penginjil dalam Kitab Mormon (Alma 16:13; 21:4–5; 32:1), seperti juga di antara para penginjil awal pada zaman keagamaan ini (A&P 66:7; 68:1).