Kenaikan
Keberangkatan rasmi Juruselamat dari bumi, empat puluh hari selepas Kebangkitan-Nya. Kenaikan tersebut berlaku dari sebuah puncak di Gunung Zaitun dengan kehadiran para pengikut-Nya (Mrk. 16:19; Luk. 24:51). Pada masa itu dua orang malaikat dari syurga bersaksi bahawa pada masa akan datang Tuhan akan kembali “dengan cara yang sama” (Kis. 1:9–12).