Nama Gereja
Di dalam Kitab Mormon, ketika Yesus Kristus mengunjungi bangsa Nefi yang soleh sejurus selepas Kebangkitan-Nya, Dia berkata bahawa Gereja-Nya mesti menggunakan nama-Nya (3 Ne. 27:3–8). Dalam zaman moden Tuhan telah mengungkapkan nama Gereja sebagai “Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir” (A&P 115:4).