Dusta Lihat juga Jujur, Kejujuran; Pertuturan yang Jahat; Tipu, Menipu, Penipuan Sebarang komunikasi yang palsu atau tidak benar untuk tujuan penipuan. Janganlah kamu mencuri, ataupun berurusan secara palsu, ataupun berdusta, Im. 19:11. Aku benci dan meluat terhadap dusta, Mzm. 119:163. Bibir yang berdusta adalah kekejian bagi Tuhan, Ams. 12:22. Mereka adalah umat-Ku yang tidak akan berdusta, Yes. 63:8. Iblis ialah pendusta dan bapa segala kedustaan, Yoh. 8:44 (2 Ne. 2:18; Eter 8:25; Musa 4:4). Engkau bukan berdusta kepada manusia, tetapi kepada Tuhan, Kis. 5:4 (Alma 12:3). Jikalau seorang berkata, “Aku mengasihi Tuhan”, dan membenci saudaranya, dia adalah pendusta, 1 Yoh. 4:20. Semua pendusta mendapat bahagian di dalam kematian kedua, Why. 21:8 (A&P 63:17). Celakalah si pendusta, kerana dia akan dicampak ke dalam neraka, 2 Ne. 9:34. Ramai yang akan mengajar ajaran palsu, berkata: berdustalah sedikit dan tidak ada bahayanya dalam hal ini, 2 Ne. 28:8–9 (A&P 10:25). Adakah kamu membayangkan kamu dapat berdusta kepada Tuhan, Alma 5:17. Engkau adalah Tuhan kebenaran dan tidak dapat berdusta, Eter 3:12 (Bil. 23:19; 1 Sam. 15:29; Tit. 1:2; Ibr. 6:18; Enos 1:6). Dia yang berdusta dan tidak mahu bertaubat akan diusir, A&P 42:21. Para pendusta mewarisi kemuliaan telestial, A&P 76:81, 103–106. Kami percaya harus jujur, FK 1:13.