Bantuan Pengkajian
Yeremia


Yeremia

Seorang nabi Perjanjian Lama yang lahir dari sebuah keluarga imam dan bernubuat di Yehuda dari 626 sehingga 586 S.M. Dia hidup hampir sewaktu dengan para nabi besar yang lain: Lehi, Yehezkiel, Hosea, dan Daniel.

Yeremia ditahbiskan untuk menjadi seorang nabi semasa di kehidupan pra-fana (Yer. 1:4–5). Semasa dia menjadi nabi hampir selama empat puluh tahun, dia mengajar menentang penyembahan berhala dan hal yang tidak berakhlak di kalangan orang-orang Yahudi (Yer. 3:1–5; 7:8–10). Dia terpaksa berdepan dengan pertentangan dan cemuhan yang berterusan (Yer. 20:2; 36:18–19; 38:4). Selepas kejatuhan Yerusalem, orang Yahudi yang melarikan diri ke Mesir telah membawa Yeremia bersama mereka (Yer. 43:5–6), yang mana, menurut tradisi, mereka telah merejamnya dengan batu sehingga mati.

Kitab Yeremia

Bab 1–6 mengandungi nubuat-nubuat diberikan semasa pemerintahan Yosia. Bab 7–20 adalah nubuat-nubuat semasa zaman Yoyakim. Bab 21–38 berurusan tentang pemerintahan Zedekia. Bab 39–44 mengandungi nubuat-nubuat dan menjelaskan peristiwa-peristiwa bersejarah selepas kejatuhan Yerusalem. Bab 45 mengandungi suatu janji kepada Barukh, jurutulisnya, bahawa kehidupan Barukh akan dilindungi. Akhirnya, Bab 46–51 ialah nubuat-nubuat menentang bangsa-bangsa asing. Bab 52 ialah sebuah kesimpulan bersejarah. Sesetengah nubuat Yeremia terkandung di dalam kepingan-kepingan loyang Laban yang diperolehi oleh Nefi (1 Ne. 5:10–13). Yeremia juga disebutkan dua kali lagi di dalam Kitab Mormon (1 Ne. 7:14; Hel. 8:20).

Kitab Yeremia juga memuatkan suatu pengakuan mengenai kewujudan pra-fana manusia dan pra-pentahbisan Yeremia (Yer. 1:4–5); suatu nubuat tentang kepulangan Israel dari keadaan mereka yang tercerai-berai, mengumpulkan satu orang dari sebuah kota dan dua orang dari sebuah keluarga ke Sion, sebuah negeri yang menyenangkan di mana Israel dan Yehuda dapat berdiam dalam keselamatan dan damai (Yer. 3:12–19); dan suatu nubuat mengenai Tuhan mengumpulkan Israel dari negara-negara sebelah utara dengan mengutus banyak “penangkap ikan” dan “pemburu” untuk menemukan mereka (Yer. 16:14–21). Kejadian zaman akhir ini akan menjadi lebih besar dalam kadar nisbah bahkan daripada sewaktu Musa membawa keluar Israel dari Mesir (Yer. 16:13–15; 23:8).