Bantuan Pengkajian
Daniel


Daniel

Watak utama kitab Daniel di dalam Perjanjian Lama; seorang nabi Tuhan dan seorang yang beriman besar.

Tidaklah diketahui tentang ibu bapanya, walaupun dia kelihatan seperti merupakan keturunan diraja (Dan. 1:3). Dia dibawa tertawan ke Babilon, yang mana dia menerima nama Beltsazar (Dan. 1:6–7). Daniel dan tiga orang lain yang tertawan menolak makanan raja untuk sebab-sebab keagamaan (Dan. 1:8–16).

Daniel memenangi hati Nebukadnezar dan Darius dengan kuasanya untuk menafsir mimpi (Dan. 2; 4; 6). Dia juga membacakan dan menafsirkan tulisan pada dinding (Dan. 5). Para musuhnya berkomplot terhadapnya, dan dia dibuang ke dalam gua singa, tetapi Tuhan memelihara nyawanya (Dan. 6).

Kitab Daniel

Kitab tersebut mempunyai dua bahagian: bab 1–6 adalah cerita mengenai Daniel dan tiga orang rakannya; bab 7–12 adalah penglihatan bernubuat yang Daniel telah lihat. Kitab tersebut mengajarkan kepentingan menjadi setia kepada Tuhan dan menjelaskan bahawa Tuhan memberkati orang yang setia.

Sumbangan utama kitab tersebut ialah penafsiran terhadap mimpi Raja Nebukadnezar. Dalam mimpi tersebut, kerajaan Tuhan pada hari-hari terakhir digambarkan sebagai batu yang terungkit lepas dari sebuah gunung. Batu itu akan bergolek keluar sehingga ia memenuhi seluruh bumi (Dan. 2; lihat juga A&P 65:2).