Wang Lihat juga Keduniaan; Kekayaan; Sedekah, Pemberian Sedekah; Sepersepuluh, Persepuluhan Duit, helaian kertas, sijil, atau sesuatu yang orang gunakan sebagai pembayaran untuk barang atau pelayanan. Itu kadang-kadang adalah simbol materialisme. Kamu akan ditebus tanpa wang, Yes. 52:3. Dua Belas diberi tahu untuk tidak membawa apa pun bagi perjalanan mereka, tanpa beg sedekah, tanpa roti, tanpa wang, Mrk. 6:8. Petrus memberitahu Simon si tukang sihir bahawa wangnya akan musnah bersamanya, Kis. 8:20. Cinta akan wang adalah akar dari segala kejahatan, 1 Tim. 6:10. Janganlah membelanjakan wang untuk apa yang tak berharga, 2 Ne. 9:50–51 (Yes. 55:1–2; 2 Ne. 26:25–27). Jika mereka bekerja untuk wang, mereka akan binasa, 2 Ne. 26:31. Sebelum kamu mencari kekayaan, carilah kerajaan Tuhan, Yakub 2:18–19. Gereja-gereja akan berkata bahawa untuk wangmu kamu akan diampuni dari dosa-dosamu, Morm. 8:32, 37. Dia yang memberikan wangnya untuk perkara Sion bagaimanapun tidak akan kehilangan pahalanya, A&P 84:89–90.