Abinadi Lihat juga Mati syahid, Kesyahidan Seorang nabi bangsa Nefi di dalam Kitab Mormon. Bernubuat bahawa Tuhan akan menghukum orang-orang jahat Raja Nuh kecuali mereka bertaubat, Mosia 11:20–25. Dipenjarakan kerana bernubuat tentang kehancuran Raja Nuh dan orang-orangnya, Mosia 12:1–17. Mengajar para imam jahat Raja Nuh mengenai hukum Musa dan tentang Kristus, Mosia 12–16. Alma yang Tua percaya dan telah menulis kata-katanya, Mosia 17:2–4. Dibakar sehingga mati oleh Raja Nuh, Mosia 17:20.