Berjalan, Berjalan dengan Tuhan Lihat juga Jalan; Patuh, Kepatuhan, Mematuhi; Soleh, Kesolehan Berada dalam keselarasan dengan ajaran Tuhan dan hidup sebagaimana Tuhan kehendaki umat-Nya hidup; mahu menerima dan patuh pada dorongan Roh Kudus. Aku dapat menguji mereka, sama ada mereka akan mentaati hukum-Ku atau tidak, Kel. 16:4. Dia tidak menahan apa-apa yang baik daripada mereka yang berjalan tidak bercela, Mzm. 84:12. Mereka yang mentaati hukum-Ku dan mematuhi semua tatacara-Ku akan menjadi umat-Ku, Yeh. 11:20–21 (Ul. 8:6). Perkara yang dituntut oleh Tuhan daripada kamu adalah supaya kamu berjalan dengan rendah hati, Mi. 6:8 (A&P 11:12). Berjalan dalam cahaya, seperti Tuhan berada dalam cahaya, 1 Yoh. 1:7 (2 Yoh. 1:6; 3 Yoh. 1:4; 4 Ne. 1:12). Berjalan dalam lorong kecil yang menunten kepada kehidupan, 2 Ne. 33:9. Raja Benyamin berjalan dengan nurani yang jernih di hadapan Tuhan, Mosia 2:27. Kewajipanmu adalah berjalan secara tidak bersalah menurut tarekat kudus Tuhan, Alma 7:22. Para ahli Gereja harus menyatakan gaya hidup dan percakapan yang soleh, A&P 20:69. Mengendahkan nabi dan berjalan dalam segala kekudusan di hadapan-Ku, A&P 21:4. Mengajar anak-anak mereka untuk berdoa, dan untuk berjalan dengan lurus di hadapan Tuhan, A&P 68:28. Engkau akan tinggal di dalam Aku, dan Aku di dalam kamu; oleh kerana itu berjalanlah bersama-Ku, Musa 6:34.