Anak-anak Kristus Lihat juga Dilahirkan Semula, Dilahirkan oleh Tuhan; Diperanakkan; Para Putera dan Puteri Tuhan; Yesus Kristus Mereka yang telah menerima Injil Yesus Kristus. Barangsiapa yang akan merendahkan dirinya seperti anak kecil ini, dialah yang terbesar, Mat. 18:1–4. Percayalah kepada terang itu supaya kamu menjadi anak-anak terang, Yoh. 12:36. Tanggalkan manusia alamiah dan menjadi seperti seorang anak kecil, Mosia 3:19; 27:25–26. Kerana perjanjian itu kamu akan disebut anak-anak Kristus, Mosia 5:7. Jika kamu akan berpegang pada setiap hal yang baik, pastinya kamu akan menjadi anak Kristus, Moro. 7:19. Seberapa banyak yang menerima-Ku, Aku berikan kuasa untuk menjadi anak-anak-Ku, A&P 39:4. Janganlah takut, anak-anak kecil, kerana kamu adalah milik-Ku, A&P 50:40–41. Engkau adalah satu di dalam Aku, seorang anak Tuhan, Musa 6:68.