Hormat Lihat juga Memandang tinggi; Penghormatan Seperti lazimnya digunakan di dalam tulisan suci, untuk menunjukkan hormat dan penghormatan kepada seseorang atau sesuatu. Hormatilah ayahmu dan ibumu, Kel. 20:12 (1 Ne. 17:55; Mosia 13:20). Hormatilah Tuhan dengan harta bendamu, Ams. 3:9. Barang siapa melayani Aku, dia akan dihormati Bapa, Yoh. 12:26. Para suami haruslah memberi hormat kepada isteri mereka, 1 Ptr. 3:7. Hanya dengan bibir mereka menghormati Tuhan, 2 Ne. 27:25 (Yes. 29:13). Aku tidak mengupayakan kehormatan dunia, Alma 60:36. Iblis memberontak melawan-Ku, mengatakan, Berilah aku kehormatan-Mu, iaitu kuasa-Ku, A&P 29:36. Yang setia akan dimahkotai dengan kehormatan, A&P 75:5 (A&P 124:55). Tuhan senang untuk menghormati mereka yang melayani-Nya, A&P 76:5. Mereka tidak dipilih kerana mereka menginginkan kehormatan manusia, A&P 121:34–35. Kami percaya dalam menghormati serta menjunjung undang-undang, FK 1:12 (A&P 134:6).