Pra-pentahbisan Lihat juga Kehidupan Pra-fana Pentahbisan pra-fana oleh Tuhan bagi anak-anak roh-Nya yang teguh berani untuk memenuhi misi-misi tertentu semasa kehidupan fana mereka. Tuhan menetapkan wilayah bangsa-bangsa, Ul. 32:8. Sebelum aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, Aku telah menetapkan engkau menjadi nabi, Yer. 1:5. Tuhan telah menentukan waktu sebelum mereka ditetapkan, Kis. 17:26. Semua orang yang dipilih-Nya dari semula, mereka juga ditentukan-Nya dari semula, Rm. 8:28–30. Di dalam Dia, Tuhan telah memilih kita sebelum dunia dijadikan, Ef. 1:3–4. Yesus Kristus telah ditahbiskan sebelumnya untuk menjadi Penebus, 1 Ptr. 1:19–20 (Why. 13:8). Mereka telah dipanggil dan dipersiapkan sejak pengasasan dunia, Alma 13:1–9. Aku perhatikan mereka yang mulia dan agung yang telah dipilih pada permulaannya, A&P 138:55–56. Putera-Ku Yang Dikasihi telah dipilih dari permulaan, Musa 4:2. Abraham telah dipilih sebelum dia dilahirkan, Abr. 3:23.