Mukah Lihat juga Berhawa Nafsu, Hawa Nafsu; Kemurnian diri; Zina Hubungan seksual secara tidak sah di antara dua orang yang tidak berkahwin dengan satu sama lain. Di dalam tulisan suci ia juga kekadang digunakan sebagai suatu simbol bagi kemurtadan. Jauhkan diri dari percabulan, Kis. 15:20. Tubuh bukanlah untuk percabulan, melainkan untuk Tuhan, 1 Kor. 6:13–18. Untuk mengelakkan permukahan, baiklah setiap lelaki mempunyai isterinya sendiri, 1 Kor. 7:2–3. Inilah kehendak Tuhan, supaya kamu menjauhi percabulan, 1 Tes. 4:3. Yakub memperingatkan orang-orang Nefi terhadap permukahan, Yakub 3:12. Kamu sedang menjadi matang, kerana pembunuhanmu dan permukahan, untuk kehancuran, Hel. 8:26. Para orang yang melakukan permukahan mesti bertaubat supaya dapat menyertai Gereja, A&P 42:74–78.