Peperangan Lihat juga Kedamaian Pertempuran atau konflik bersenjata; bertarung dengan senjata. Tuhan menyetujui perang hanya sebagai cara terakhir bagi para Orang Suci-Nya untuk mempertahankan keluarga, harta milik, hak, hak istimewa, dan kebebasan mereka (Alma 43:9, 45–47). Moroni berusaha untuk membela bangsanya, haknya, negerinya dan agamanya, Alma 48:10–17. Joseph Smith menerima sebuah wahyu dan nubuat tentang peperangan, A&P 87. Tinggalkanlah perang dan maklumkanlah kedamaian, A&P 98:16, 34–46. Kami percaya bahawa semua orang dibenarkan dalam mempertahankan diri mereka, teman-teman mereka, dan harta milik, dan kerajaan, A&P 134:11. Kami percaya dalam mematuhi, menghormati, dan menyokong undang-undang, FK 1:12.