Bantuan Pengkajian
Bilangan


Bilangan

Kitab keempat dalam Perjanjian Lama. Musa menulis kitab Bilangan. Kitab Bilangan menceritakan tentang perjalanan Israel dari Gunung Sinai ke Dataran Moab di sempadan Kanaan. Salah satu pelajaran penting yang diajarkannya adalah bahawa umat Tuhan mesti berjalan dengan iman, percayai janji-janji-Nya, jika mereka berniat untuk melanjutkan dengan berhasil. Itu menceritakan kembali hukuman Tuhan terhadap Israel kerana ketidakpatuhan dan menyediakan informasi tentang hukum-hukum Israel. Nama kitab tersebut berasal dari menonjolnya angka-angka sensus (Bil. 1–2; 26).

Bab 1–10 menceritakan tentang persiapan bangsa Israel untuk keberangkatan dari Sinai. Bab 11–14 menghuraikan pergerakan itu sendiri, pengutusan mata-mata ke Kanaan, dan penolakan Israel untuk memasuki negeri yang dijanjikan. Bab 15–19 mencatat berbagai hukum dan peristiwa-peristiwa sejarah. Bab 20–36 adalah sejarah tentang tahun terakhir bangsa tersebut di padang belantara.