Hawa
Wanita pertama yang hidup di atas bumi ini (Kej. 2:21–25; 3:20). Dia adalah isteri Adam. Dalam Ibrani nama tersebut bererti “kehidupan.” Dia telah diberi nama sedemikian kerana dia adalah “ibu kepada segala yang hidup” (Musa 4:26). Dia dan Adam, manusia pertama, akan berkongsi kemuliaan abadi bagi peranan mereka dalam memungkinkan kemajuan abadi semua umat manusia.