Anak Dara Lihat juga Maria, Ibu kepada Yesus Lelaki atau wanita dalam usia kahwin yang belum pernah melakukan persetubuhan seksual. Dalam tulisan suci, seorang gadis atau perawan boleh mewakili seseorang yang bersih secara moral (Why. 14:4). Seorang anak dara akan mengandung dan akan melahirkan seorang putera, Yes. 7:14 (Mat. 1:23; 2 Ne. 17:14). Kerajaan syurga dipersamakan seperti sepuluh orang gadis, Mat. 25:1–13. Di dalam kota Nazaret, aku nampak seorang anak dara, iaitu ibu Putera Tuhan, 1 Ne. 11:13–18. Maria seorang perawan, bejana yang berharga dan terpilih, Alma 7:10.