Dipanggil oleh Tuhan adalah untuk menerima suatu perlantikan atau jemputan dari-Nya atau dari para pemimpin Gereja-Nya yang benar berwewenang untuk melayani-Nya dalam cara tertentu.
Dia meletakkan tangannya ke atas Yosua dan memberikannya suatu tanggungjawab, Bil. 27:23 .
Aku telah mentahbis engkau menjadi nabi, Yer. 1:5 .
Akulah yang memilih kamu dan mentahbis kamu, Yoh. 15:16 .
Paulus dipanggil untuk menjadi seorang Rasul, Rm. 1:1 .
Tidak seorang pun yang mengambil kehormatan itu bagi dirinya sendiri, tetapi dia yang dipanggil oleh Tuhan, Ibr. 5:4 .
Yesus dipanggil oleh Tuhan menurut tarekat Melkisedek, Ibr. 5:10 .
Aku telah dipanggil untuk mengkhutbahkan firman Tuhan menurut roh wahyu dan nubuat, Alma 8:24 .
Para imam dipanggil dan dipersiapkan sejak pengasasan dunia, Alma 13:3 .
Jika kamu memiliki hasrat untuk melayani Tuhan, kamu dipanggil, A&P 4:3 .
Berdirilah teguh dalam pekerjaan yang telah Aku panggilkan kepadamu, A&P 9:14 .
Kamu tidak perlu mengira bahawa kamu dipanggil untuk berkhutbah sehinggalah kamu dipanggil, A&P 11:15 .
Para penatua dipanggil untuk mendatangkan pengumpulan umat pilihan, A&P 29:7 .
Tidak akan ada sesiapa pun mengkhutbahkan Injil-Ku atau membangunkan Gereja-Ku kecuali dia ditahbiskan, A&P 42:11 .
Ada banyak yang dipanggil, tetapi sedikit yang dipilih, A&P 121:34 .