Zaman Keagamaan
Zaman keagamaan Injil ialah satu jangka masa di mana Tuhan mempunyai sekurang-kurangnya seorang hamba yang berwewenang di atas bumi yang memegang kunci-kunci imamat kudus.
Adam, Henokh, Nuh, Abraham, Musa, Yesus Kristus, Joseph Smith, dan yang lain masing-masing telah memulakan sebuah zaman keagamaan Injil yang baru. Apabila Tuhan mengorganisasikan sebuah zaman keagamaan, Injil diungkapkan baru semula supaya umat pada zaman keagamaan tersebut tidak perlu bergantung pada zaman-zaman keagamaan yang lalu untuk pengetahuan tentang rancangan keselamatan. Zaman keagamaan yang dimulai melalui Joseph Smith dikenali sebagai “kegenapan zaman keagamaan.”