Bersih dan Tidak Bersih
Di dalam Perjanjian Lama, Tuhan mengungkapkan kepada Musa dan bangsa Israel purba bahawa hanya makanan tertentu dianggap bersih atau, dengan kata lain, sesuai untuk dimakan. Perbezaan yang diambil oleh bangsa Israel di antara makanan bersih dan tidak bersih telah memberi kesan besar ke atas kehidupan keagamaan dan sosial mereka. Binatang-binatang tertentu, burung-burung, dan ikan dianggap sebagai bersih dan boleh diterima untuk dimakan, manakala yang lainnya adalah tidak bersih dan terlarang (Im. 11; Ul. 14:3–20). Sesetengah orang yang berpenyakit juga dianggap tidak bersih.
Dalam pemahaman rohani, menjadi bersih ialah menjadi bebas dari dosa dan keinginan-keinginan yang berdosa. Dalam maksud ini perkataan tersebut digunakan untuk menggambarkan seseorang yang berhemah dan memiliki hati yang murni (Mzm. 24:4). Umat perjanjian Tuhan selalunya mempunyai arahan-arahan istimewa untuk menjadi bersih (3Â Ne. 20:41; A&P 38:42; 133:5).