Bantuan Pengkajian
Yehezkiel


Yehezkiel

Seorang nabi yang menuliskan kitab Yehezkiel di dalam Perjanjian Lama. Dia merupakan seorang imam dari keluarga Zadok dan salah satu daripada tawanan dari orang-orang Yahudi yang ditawan pergi oleh Nebukadnezar. Dia menetap bersama orang-orang Yahudi yang dibuang negeri di Babilon dan bernubuat semasa tempoh dua puluh dua tahun, dari 592 sehingga 570 S.M.

Kitab Yehezkiel

Kitab Yehezkiel boleh dipisahkan kepada empat bahagian. Bab 1–3 menceritakan tentang sebuah penglihatan Tuhan dan pemanggilan Yehezkiel untuk melayani; bab 4–24 berbicara mengenai penghakiman-penghakiman ke atas Yerusalem dan mengapa ianya diberikan; bab 25–32 mengisytiharkan penghakiman-penghakiman ke atas bangsa-bangsa; dan bab 33–48 mencatatkan penglihatan-penglihatan tentang Israel zaman akhir.