Altar Lihat juga Korban Sebuah struktur yang digunakan untuk korban, persembahan, dan penyembahan. Nuh membina sebuah altar kepada Tuhan dan mempersembahkan korban bakaran, Kej. 8:20. Abram membina sebuah altar kepada Tuhan, Kej. 12:7–8. Abraham mengikat Ishak, anak lelakinya di atas altar, Kej. 22:9 (Kej. 22:1–13). Di situ Yakub membina sebuah altar dan menamakan tempat itu El-Betel, Kej. 35:6–7. Elia membina sebuah altar dan mencabar para imam Baal, 1 Raj. 18:17–40. Apabila kamu membawa pemberian ke atas altar, pergilah berdamai dahulu dengan saudaramu, Mat. 5:23–24. Di bawah altar aku nampak roh-roh orang yang mati terbunuh kerana mengisytiharkan firman Tuhan, Why. 6:9 (A&P 135:7). Lehi membina sebuah altar dari batu-batu dan memberi syukur kepada Tuhan, 1 Ne. 2:7. Abraham telah diselamatkan dari kematian di atas sebuah altar Elkena, Abr. 1:8–20.