Tuhan telah berkata bahawa semua orang bertanggungjawab bagi niat, sikap, keinginan, dan tindakan mereka sendiri.
Umur pertanggungjawaban ialah usia di mana kanak-kanak dianggap untuk bertanggungjawab bagi tindakan mereka dan berupaya untuk melakukan dosa dan bertaubat.
Mereka akan bertanggungjawab bagi setiap kata yang sia-sia, Mat. 12:36 .
Berilah pertanggungjawaban atas urusanmu, Luk. 16:2 .
Setiap orang di antara kita akan memberi pertanggungjawaban tentang dirinya sendiri kepada Tuhan, Rm. 14:12 .
Orang yang telah mati akan dihakimi menurut perbuatan mereka, Why. 20:12 .
Perkataan, pekerjaan, dan fikiran kita akan menghukum kita, Alma 12:14 .
Kita adalah hakim bagi diri kita sendiri, sama ada untuk melakukan yang baik atau yang jahat, Alma 41:7 .
Kamu diizinkan untuk bertindak bagi dirimu sendiri, Hel. 14:29–31 .
Inilah hal yang akan kamu ajarkan—pertaubatan dan pembaptisan bagi mereka yang bertanggungjawab, Moro. 8:10 .
Semua orang mesti bertaubat dan dibaptiskan, yang telah mencapai umur pertanggungjawaban, A&P 18:42 .
Setan tidak dapat menggoda anak-anak kecil, sehingga mereka mulai menjadi bertanggungjawab di hadapan-Ku, A&P 29:46–47 .
Anak-anak haruslah dibaptis apabila berumur lapan tahun, A&P 68:27 .
Setiap orang akan bertanggungjawab atas dosa-dosanya sendiri pada hari penghakiman, A&P 101:78 .
Adalah diberikan kepada manusia untuk mengetahui kebaikan dari kejahatan; kerana itu mereka ialah wakil bagi diri mereka sendiri, Musa 6:56 .
Manusia akan dihukum kerana dosa-dosa mereka sendiri, FK 1:2 .