Penyokongan para Pemimpin Gereja Lihat juga Persetujuan Bersama Mengikrarkan sokongan kepada mereka yang melayani dalam jawatan kepemimpinan Gereja umum dan tempatan. Suruhlah Yosua berdiri di hadapan mereka semua, engkau harus mengisytiharkannya di hadapan mereka, Bil. 27:18–19. Segenap umat itu bersorak, Daulat tuanku, 1 Sam. 10:24. Percayalah kepada nabi-nabi-Nya, maka kamu akan berjaya, 2 Taw. 20:20. Taatilah pemimpin kamu dan turutlah perintah mereka, Ibr. 13:17. Kamu akan dirahmati oleh Tuhan, kerana kamu tidak pernah merungut, 1 Ne. 3:6. Merekalah yang menerima para nabi dibiarkan hidup, 3 Ne. 10:12–13. Dengarkan perkataan daripada dua belas orang, 3 Ne. 12:1. Melalui suara-Ku sendiri atau melalui suara para hamba-Ku, ia adalah sama, A&P 1:38. Perkataannya akan kamu terima, seolah-olah daripada mulut-Ku sendiri, A&P 21:5. Dia yang menerima para hamba-Ku menerima-Ku, A&P 84:35–38. Barang siapa menerima-Ku, menerima mereka yang telah Aku utuskan, A&P 112:20. Jika mereka tidak mahu mendengar suara-Ku, tidak juga suara orang-orang yang telah Aku tetapkan ini, mereka tidak akan diberkati, A&P 124:45–46.