Bantuan Pengkajian
Yakub, Anak lelaki Lehi


Yakub, Anak lelaki Lehi

Seorang nabi di dalam Kitab Mormon dan pengarang kepada beberapa khutbah di dalam kitab 2 Nefi dan kitab Yakub (2 Ne. 6–11; Yakub 1–7).

Kitab Yakub

Kitab yang ketiga di dalam Kitab Mormon. Bab 1 menceritakan bahawa Nefi menyerahkan catatan-catatan kepada Yakub dan kemudian mentahbiskan Yakub dan adik lelakinya Yusuf menjadi imam dan pengajar kepada orang-orang. Bab 2–4 ialah khutbah-khutbah menasihati orang untuk menjadi bersih secara moral. Yakub juga mengajarkan tentang kedatangan Mesias yang menebus, dan dia memberikan sebab-sebab mengapa sejumlah orang di Israel tidak akan menerima-Nya pada kedatangan-Nya. Bab 5–6 mengandungi kesaksian Yakub dan suatu kiasan kenabian mengenai sejarah dan misi bangsa Israel. Bab 7 mengandungi sebuah catatan tentang seorang pemberontak yang terpelajar bernama Serem, yang dikalahkan oleh kesaksian ilahi Yakub.

Cetak