Fana, Kefanaan Lihat juga Dunia; Kejatuhan Adam dan Hawa; Kematian Jasmani; Tubuh Masa dari kelahiran sampai kematian jasmani. Ini kadang-kadang disebut keadaan kedua. Pada hari dimana engkau makan darinya engkau pastilah akan mati, Kej. 2:16–17 (Musa 3:16–17). Saat kematian roh akan kembali kepada Tuhan dan tubuh pada debu tanah, Pkh. 12:7 (Kej. 3:19; Musa 4:25). Janganlah membiarkan dosa berkuasa dalam tubuh fanamu, Rm. 6:12. Tubuh yang fana ini mestilah mengenakan kebaqaan, 1 Kor. 15:53 (Enos 1:27; Mosia 16:10; Morm. 6:21). Keadaan manusia menjadi keadaan percubaan, 2 Ne. 2:21 (Alma 12:24; 42:10). Adam jatuh agar manusia boleh ada, 2 Ne. 2:25. Adakah kamu menanti-nantikan dan memandang tubuh yang fana ini dibangkitkan dalam kebaqaan, Alma 5:15. Kehidupan ini adalah waktu untuk bersiap menemui Tuhan, Alma 34:32. Janganlah takut kematian, kerana sukacitamu tidaklah penuh di dalam dunia ini, A&P 101:36. Mereka yang mempertahankan keadaan kedua mereka akan memperoleh kemuliaan, Abr. 3:26.