Mati syahid, Kesyahidan Seseorang yang memberikan nyawanya daripada meninggalkan Kristus, Injil, atau kepercayaan atau asasnya yang benar. Semua darah orang soleh dari Habel sampai Zakharia akan bersaksi menentang yang jahat, Mat. 23:35 (Luk. 11:50). Barang siapa akan kehilangan nyawanya demi kepentingan Kristus dan Injil akan menyelamatkannya, Mrk. 8:35 (A&P 98:13). Dan mereka merejam Stefanus, Kis. 7:59 (Kis. 22:20). Di mana surat wasiat ada di sana mestilah ada kematian dari pembuat surat wasiatnya, Ibr. 9:16–17. Abinadi jatuh, setelah menderita kematian oleh api, Mosia 17:20. Bangsa Amoniha yang insaf dilempar ke dalam api, Alma 14:8–11. Banyak yang dibunuh kerana mereka bersaksi tentang hal-hal ini, 3 Ne. 10:15. Barang siapa menyerahkan nyawanya dalam perkara-Ku akan menemukan kehidupan yang kekal, A&P 98:13–14. Joseph Smith dan Hyrum Smith mati syahid bagi pemulihan Injil, A&P 135. Joseph Smith memeteraikan kesaksiannya dengan darahnya, A&P 136:39.