Bantuan Pengkajian
Surat kepada Jemaah di Galatia


Surat kepada Jemaah di Galatia

Sebuah kitab di dalam Perjanjian Baru. Ia pada asalnya adalah sepucuk surat yang Rasul Paulus tuliskan kepada para Orang Suci yang tinggal di seluruh Galatia. Tema surat ini ialah bahawa kebebasan sejati hanya dapat ditemukan dengan menjalankan Injil Yesus Kristus. Jika para Orang Suci mengambil ajaran-ajaran dari Kristian Yahudi yang berkeras dalam mematuhi hukum Musa, mereka akan mengehadkan atau menghancurkan kebebasan yang mereka telah temui di dalam Kristus. Di dalam surat tersebut Paulus menegakkan kedudukannya sendiri sebagai seorang Rasul, menjelaskan ajaran mengenai kesolehan melalui iman, dan menegaskan nilai suatu agama yang rohani.

Dalam bab 1 dan 2, Paulus meluahkan penyesalan terhadap berita yang diterima olehnya mengenai kemurtadan di kalangan orang Galatia dan menjelaskan kedudukannya di kalangan para Rasul. Bab 3 dan 4 membincangkan ajaran-ajaran mengenai iman dan perbuatan. Bab 5 dan 6 mengandungi suatu khutbah tentang hasil-hasil praktikal dari ajaran mengenai iman.