Bantuan Pengkajian
Lewi


Lewi

Di dalam Perjanjian Lama, anak lelaki ketiga kepada Yakub dan Lea (Kej. 29:34; 35:23). Lewi menjadi bapa kepada salah satu daripada suku-suku Israel.

Suku Lewi

Yakub memberkati Lewi dan keturunannya (Kej. 49:5–7, 28). Keturunan Lewi melayani di dalam tempat-tempat kudus Israel (Bil. 1:47–54). Harun ialah seorang bangsa Lewi, dan keturunannya adalah para imam (Kel. 6:16–20; 28:1–4; 29). Orang-orang Lewi membantu imam, iaitu anak-anak lelaki Harun (Bil. 3:5–10; 1 Raj. 8:4). Mereka kekadang bertindak sebagai pemuzik (1 Taw. 15:16; Neh. 11:22); menyembelih korban (2 Taw. 29:34; Ezr. 6:20); dan umumnya membantu di dalam bait suci (Neh. 11:16). Orang-orang Lewi dibaktikan pada pelayanan bagi Tuhan untuk melaksanakan tatacara-tatacara bagi anak-anak Israel. Orang-orang Lewi sendiri dipersembahkan atas nama anak-anak Israel (Bil. 8:11–22); oleh demikian mereka menjadi harta istimewa Tuhan, diberikan kepada-Nya sebagai pengganti anak sulung (Bil. 8:16). Mereka tidak dipersucikan tetapi dibersihkan bagi jawatan mereka (Bil. 8:7–16). Mereka tidak memiliki tanah warisan di Kanaan (Bil. 18:23–24), tetapi mereka menerima persepuluhan (Bil. 18:21), empat puluh lapan kota (Bil. 35:6), dan hak untuk menerima sedekah dari orang ramai pada waktu perayaan (Ul. 12:18–19; 14:27–29).

Cetak