Harta kekayaan atau kelimpahan. Tuhan menasihati para Orang Suci untuk tidak mencari kekayaan duniawi kecuali untuk melakukan kebaikan. Para Orang Suci semestinya tidak menempatkan mencari kekayaan duniawi sebelum mencari kerajaan Tuhan, yang menyimpan kekayaan kekekalan (Yakub 2:18–19 ).
Walaupun kekayaan kamu bertambah, jangan meletakkan hatimu kepadanya, Mzm. 62:10 .
Kekayaan tidak bermanfaat pada hari kemurkaan, Ams. 11:4 .
Orang yang bergantung kepada kekayaan akan jatuh, Ams. 11:28 .
Nama baik lebih baik daripada harta yang banyak, Ams. 22:1 .
Celakalah mereka yang kaya yang menghina yang miskin dan tertumpu kepada harta benda adalah tuhan mereka, 2Â Ne. 9:30 .
Orang soleh tidak menaruh hati mereka pada kekayaan namun memberi kepada semua, Alma 1:30 .
Umat gereja mula menjadi angkuh kerana kekayaan, Alma 4:6–8 .
Orang ramai mulai dibezakan menurut kedudukan, menurut kekayaan mereka, 3Â Ne. 6:12 .
Janganlah mencari kekayaan tetapi kebijaksanaan, A&P 6:7 (Alma 39:14 ; A&P 11:7 ).
Kekayaan bumi adalah milik Tuhan untuk diberikan; tetapi berhati-hatilah akan keangkuhan, A&P 38:39 .
Betapa kerap telah Aku memanggil kamu melalaui kekayaan kehidupan abadi, A&P 43:25 .
Kekayaan keabadian adalah milik-Ku untuk diberikan, A&P 67:2 (A&P 78:18 ).