Helaman, Anak-anak lelaki Lihat juga Helaman, Anak lelaki Alma; Orang Anti-Nefi-Lehi Dalam Kitab Mormon, adalah para anak lelaki kepada bangsa Laman yang telah bertukar hati yang dikenali sebagai bangsa Amon yang telah menjadi para pahlawan di bawah tanggungjawab Helaman (Alma 53:16–22). Helaman menganggap mereka layak untuk dipanggil anak-anaknya, Alma 56:10. Ibu-ibu mereka telah mengajarkan mereka untuk tidak meragui kemampuan Tuhan untuk membebaskan mereka, Alma 56:47. Mereka mengalahkan bangsa Laman dan telah dilindungi melalui iman mereka sedemikian tiada yang terbunuh, Alma 56:52–54, 56; 57:26.