Kesusahan Lihat juga Aniaya, Penganiayaan; Bertahan; Godaan, Menggoda; Tegur, Menegur Melalui kesusahan—percubaan, masalah, dan tekanan—manusia boleh memiliki banyak pengalaman yang menuntun pada pertumbuhan rohani dan perkembangan abadi dengan berpaling kepada Tuhan. Tuhan sendiri yang melepaskan kamu daripada segala kesengsaraan dan penderitaan, 1 Sam. 10:19. Mereka berseru kepada Tuhan di dalam kesusahan mereka, Mzm. 107:6, 13, 19, 28. Walaupun Tuhan memberi kamu cubaan yang berat, namun Pengajarmu tidak akan berganjak, Yes. 30:20–21. Kerana semestinya ada pertentangan dalam segala hal, 2 Ne. 2:11. Jika mereka tidak pernah merasakan pahit mereka tidak dapat mengenal yang manis, A&P 29:39. Kesusahanmu akan menjadi bahkan suatu saat yang kecil, A&P 121:7–8. Segala hal ini akan memberi engkau pengalaman, dan akan menjadi kebaikanmu, A&P 122:5–8. Mereka merasakan kepahitan, agar mereka boleh tahu untuk menghargai kebaikan, Musa 6:55.