Pelangi
Tanda atau lambang dari perjanjian Tuhan dengan Nuh (Kej. 9:13–17). TJS, Kej. 9:21–25 (Lampiran) menjelaskan bahawa perjanjian tersebut termasuk janji-janji bahawa bumi tidak akan pernah lagi tertutup dengan air banjir, bahawa Sion Henokh akan kembali, dan bahawa Tuhan akan datang lagi untuk berdiam di atas bumi.