Takut boleh memiliki dua maksud: (1) takut kepada Tuhan ialah berasa hormat dan kagum kepada-Nya dan mematuhi perintah-perintah-Nya; (2) takut kepada manusia, bahaya-bahaya fana, kesakitan, dan kejahatan ialah menjadi gentar kepada hal-hal sedemikian dan takut kepadanya.
Para nabi mendorong bangsa itu terus-menerus untuk menjaga mereka dalam rasa takut akan Tuhan, Enos 1:23 .
Alma dan para putera Mosia jatuh ke tanah, kerana rasa takut akan Tuhan datang pada diri mereka, Alma 36:7 .
Kerjakanlah keselamatanmu sendiri dengan rasa takut dan gementar, Morm. 9:27 .
Mereka yang tidak takut kepada-Ku, Aku akan sengsarakan dan menyebabkan mereka menggeletar, A&P 10:56 .
Dia yang takut kepada-Ku akan menanti-nantikan tanda-tanda kedatangan Putera Manusia, A&P 45:39 .
Para anak lelaki Helaman tidak takut akan kematian, Alma 56:46–48 .
Rasa takut terhadap kematian memenuhi dada mereka yang jahat, Morm. 6:7 .
Jangan takut terhadap apa yang dapat dilakukan oleh manusia, Moro. 8:16 .
Kamu seharusnya tidak takut kepada manusia lebih daripada Tuhan, A&P 3:7 (A&P 30:1, 11 ; 122:9 ).
Janganlah takut melakukan yang baik, A&P 6:33 .
Barang siapa yang masuk dalam gereja-Ku tidak perlu takut, A&P 10:55 .
Jika kamu bersedia kamu tidak akan takut, A&P 38:30 .
Lucutkan dirimu dari perasaan takut, A&P 67:10 .
Jadilah riang, dan janganlah takut, kerana Aku Tuhan bersertamu, A&P 68:6 .
Janganlah takut terhadap musuhmu, A&P 136:17 .