Hak pilihan Lihat juga Bebas, Kebebasan; Bertanggungjawab, Laporan, Pertanggungjawaban Kemampuan dan keistimewaan yang Tuhan berikan kepada manusia untuk memilih dan bertindak bagi diri mereka sendiri. Engkau boleh makan buah-buahan daripada semua pokok di taman ini, Kej. 2:16. Pilihlah kamu hari ini, siapa yang akan kamu layani, Yos. 24:15 (Alma 30:8; Musa 6:33). Manusia tidak dapat bertindak bagi dirinya sendiri kecuali dia dipujuk, 2 Ne. 2:15–16. Manusia bebas untuk memilih kemerdekaan dan kehidupan abadi atau penawanan dan kematian, 2 Ne. 2:27. Kamu bebas; kamu diizinkan untuk bertindak bagi dirimu sendiri, Hel. 14:30. Sepertiga daripada bala tentera syurga dia palingkan kerana hak pilihan mereka, A&P 29:36. Mestilah perlu bahawa iblis akan menggoda manusia, atau mereka tidak dapat menjadi juru wakil diri mereka sendiri, A&P 29:39. Biarlah setiap orang memilih bagi dirinya, A&P 37:4. Setiap orang boleh bertindak menurut hak pilihan moral yang telah Aku berikan kepadanya, A&P 101:78. Setan berupaya untuk menghancurkan hak pilihan manusia, Musa 4:3. Tuhan memberikan kepada manusia hak pilihannya, Musa 7:32.