Istilah syurga memiliki dua maksud asas di dalam tulisan suci. (1) ia adalah tempat di mana Tuhan tinggal dan kediaman bagi para Orang Suci di masa hadapan (Kej. 28:12; Mzm. 11:4; Mat. 6:9). (2) Ia adalah suatu bentangan di sekeliling bumi (Kej. 1:1, 17; Kel. 24:10). Syurga secara nyatanya bukanlah firdaus, yang mana ialah tempat sementara bagi roh-roh orang setia yang pernah hidup dan mati di atas bumi ini. Yesus mengunjungi firdaus selepas kematian-Nya di atas kayu salib, tetapi pada hari yang ketiga, Dia memaklumkan kepada Maria bahawa Dia belum lagi pergi kepada Bapa (Luk. 23:39–44; Yoh. 20:17; A&P 138:11–37).