Natanael
Rasul Kristus dan kawan Filipus dalam Perjanjian Baru (Yoh. 1:45–51). Dia datang dari Kana di Galilea (Yoh. 21:2). Kristus berfirman bahawa Natanael adalah orang Israel tanpa tipu daya (Yoh. 1:47). Dia dan Bartolomeus secara umum dianggap sebagai orang yang sama (Mat. 10:3; Mrk. 3:18; Luk. 6:14; Yoh. 1:43–45).