Kebajikan Lihat juga Miskin; Pelayanan; Persembahan; Puasa, Berpuasa; Sedekah, Pemberian Sedekah Proses dan cara untuk mengurus keperluan rohani dan duniawi orang. Bukalah tanganmu lebar kepada saudaramu, kepada yang miskin, dan kepada yang perlu di tanahmu, Ul. 15:11. Dia yang memberi kepada yang miskin tidak akan kekurangan, Ams. 28:27. Bukankah ini puasa yang Aku telah pilih? membahagikan roti kepada yang orang lapar, menyambut orang yang miskin ke dalam rumahmu, Yes. 58:6–7. Ketika Aku lapar, kamu memberi Aku makan; Aku seorang asing, tetapi kamu menyambut Aku ke dalam rumah kamu. Manakala kamu melakukan perkara itu untuk salah seorang daripada saudara-Ku, kamu telah melakukannya untuk-Ku, Mat. 25:35–40. Memberikan harta kekayaanmu kepada dia yang memerlukan bantuan, Mosia 4:16–26. Mereka saling memberi baik scara duniawi dan rohani menurut keperluan dan keinginan mereka, Mosia 18:29. Mereka diperintahkan untuk bergabung dalam puasa dan doa demi kesejahteraan jiwa mereka yang tidak mengenal Tuhan, Alma 6:6. Doa demi kesejahteraan dan juga demi kesejahteraan mereka yang berada di sekitarmu, Alma 34:27–28. Mereka mempunyai segala benda yang sama di kalangan mereka, 4 Ne. 1:3. Ingatlah orang yang miskin, A&P 42:30–31. Kunjungi yang miskin dan yang memerlukan, A&P 44:6. Ingatlah dalam segala hal yang miskin dan yang memerlukan, A&P 52:40. Celakalah kamu orang-orang kaya, yang tidak mahu memberikan harta kekayaanmu kepada yang miskin, dan celakalah kamu orang miskin yang tidak puas, yang tamak dan tidak mahu bekerja, A&P 56:16–17. Di Sion tidak ada yang miskin di kalangan mereka, Musa 7:18.