Bantuan Pengkajian
Kitab Hakim-hakim


Kitab Hakim-hakim

Sebuah kitab dalam Perjanjian Lama. Kitab Hakim-hakim berurusan dengan bangsa Israel sejak dari kematian Yosua sehinggalah kepada kelahiran Samuel.

Bab 1–3 ialah prakata untuk seluruh kitab Hakim-hakim. Ia menjelaskan bahawa kerana bangsa Israel tidak menghalau keluar musuh mereka (Hak. 1:16–35), bangsa Israel mesti menderita akibat-akibatnya: kehilangan iman, perkahwinan dengan para orang yang tidak percaya, dan pemujaan berhala. Bab 4–5 mengisahkan pengalaman Debora dan Barak, yang membebaskan Israel dari suku-suku Kanaan. Bab 6–8 ialah pengalaman Gideon yang meningkatkan iman, yang Tuhan berkati untuk membebaskan Israel dari orang Midian. Dalam bab 9–12, beberapa lelaki berlainan yang melayani sebagai hakim di Israel semasa kebanyakan bangsa Israel berada dalam kemurtadan dan ditadbir oleh para pemerintah asing. Bab 13–16 menceritakan kebangkitan dan kejatuhan hakim terakhir, Simson. Bab-bab terakhir, 17–21, boleh dihuraikan sebagai sebuah lampiran yang mengungkapkan kedalaman dosa-dosa Israel.

Cetak