Permuliaan Lihat juga Kehidupan Abadi; Kemuliaan Selestial; Lelaki, Para Lelaki—Potensi manusia untuk menjadi seperti Bapa Syurgawi; Mahkota; Menebus, Korban Tebusan Keadaan kebahagiaan dan kemuliaan yang paling tinggi di dalam kerajaan selestial. Di dalam hadirat-Mu ada sukacita berlimpah-limpah, Mzm. 16:11. Mereka adalah Tuhan, bahkan para putera Tuhan—oleh itu, segala sesuatu adalah milik mereka, A&P 76:58–59. Para Orang Suci akan menerima warisan mereka dan dijadikan setara dengan-Nya, A&P 88:107. Para malaikat ini tidak menuruti hukum-Ku; oleh kerana itu, mereka tinggal secara terpisah dan bersendirian, tanpa permuliaan, A&P 132:17. Para lelaki dan wanita mesti berkahwin menurut hukum Tuhan agar memperoleh permuliaan, A&P 132:19–20. Kecilnya pintu gerbang dan sempitnya jalan yang menuntun pada permuliaan, A&P 132:22–23. Abraham, Ishak, dan Yakub telah masuk ke dalam permuliaan mereka, A&P 132:29, 37. Aku memeteraikan ke atas dirimu permuliaanmu, A&P 132:49.