Daging Lihat juga Badaniah; Fana, Kefanaan; Manusia Alamiah; Tubuh Daging mempunyai beberapa maksud: (1) tisu lembut yang membentuk tubuh-tubuh manusia, haiwan, burung, atau ikan; (2) kefanaan; atau (3) sifat jasmani atau badaniah manusia. Daging tubuh Binatang akan menjadi makananmu, Kej. 9:3. Binatang tidak patut dibunuh jika tidak memerlukannya, TJS, Kej. 9:10–11 (A&P 49:21). Binatang dan burung adalah untuk makanan manusia dan digunakan sebagai pakaian, A&P 49:18–19 (A&P 59:16–20). Kita harus makan daging dengan jarang-jarang, A&P 89:12–15. Kefanaan Yesus ialah satu-satunya putera tunggal Bapa dalam kefanaan, Yoh. 1:14 (Mosia 15:1–3). Adam menjadi makhluk berdaging yang pertama, Musa 3:7. Sifat badaniah manusia Terkutuklah orang yang mengandalkan pada kekuatan dirinya, Yer. 17:5. Roh memang mahu rela melakukan, tetapi daging lemah, Mrk. 14:38. Keinginan daging bukanlah berasal dari Bapa, 1 Yoh. 2:16. Nefi berdukacita kerana dagingnya dan kederhakaannya, 2 Ne. 4:17–18, 34. Jangan perdamaikan dirimu dengan kehendak iblis dan daging, 2 Ne. 10:24.