Bantuan Pengkajian
Hati nurani


Hati nurani

Kesedaran dalaman tentang yang betul dan salah, datang dari Cahaya Kristus pada semua manusia (Moro. 7:16). Kita dilahirkan dengan satu kemampuan semula jadi untuk membezakan antara yang betul dan salah kerana Cahaya Kristus itu yang diberikan kepada setiap orang (A&P 84:46). Keupayaan ini disebut hati nurani. Dengan memilikinya membuatkan kita orang yang bertanggungjawab. Seperti keupayaan yang lain, hati nurani kita dapat diredamkan melalui dosa atau salahguna.