Bapa Fana Lihat juga Bapa Bangsa, Kebapabangsaan; Berkat Bapa Bangsa; Ibu Bapa; Keluarga Suatu gelaran kudus yang merujuk kepada seorang lelaki yang telah memperanakkan seorang anak atau secara rasmi mengambil seorang anak angkat. Hormatilah ayahmu dan ibumu, Kel. 20:12 (Ul. 5:16; Mat. 19:19; Mosia 13:20). Seorang ayah akan memperbetulkan seorang anak yang disayanginya, Ams. 3:12. Bapa-bapa, janganlah bangkitkan amarah di dalam hati anak-anakmu, Ef. 6:1–4. Aku diajar sedikit di dalam segala pembelajaran bapaku, 1 Ne. 1:1. Ayahku adalah orang yang soleh—kerana dia mengajar aku, Enos 1:1. Alma berdoa untuk anak lelakinya, Mosia 27:14. Alma memberikan perintah-perintah kepada para anak lelakinya, Alma 36–42. Helaman memberi nama kepada anak-anak lelakinya menurut nama nenek moyang mereka, Hel. 5:5–12. Mormon selalu mengingati anak lelakinya dengan sepenuhnya di dalam doa-doanya, Moro. 8:2–3. Hal-hal yang besar akan dituntut dari tangan nenek moyang, A&P 29:48. Setiap lelaki bertanggungjawab untuk menyara keluarganya sendiri, A&P 75:28. Dia memerintahkanku untuk pergi kepada ayahku, JS—S 1:49.