Datang Lihat juga Patuh, Kepatuhan, Mematuhi; Pengikut Di dalam tulisan suci, seringkali bermaksud untuk menghampiri seseorang dengan mengikuti atau mematuhi, seperti di dalam ungkapan “datanglah kepada Kristus, dan disempurnakanlah di dalam Dia” (Moro. 10:32). Dengarlah, dan datanglah kepada-Ku, Yes. 55:3. Marilah kepada-Ku, kamu semua yang letih lesu, Mat. 11:28. Biarlah anak-anak itu datang kepada-Ku, Mat. 19:14. Setiap orang yang mahu mengikut Aku, ia harus menyangkal dirinya, Luk. 9:23. Orang yang datang kepada-Ku tidak akan lapar lagi, Yoh. 6:35. Kristus menjemput semua untuk datang kepada Dia, 2 Ne. 26:33. Datanglah kepada-Ku dan diselamatkanlah, 3 Ne. 12:20. Datanglah kepada Kristus, Moro. 10:32. Mengajak semua orang untuk datang kepada Kristus, A&P 20:59. Datang kepada-Ku, dan jiwamu akan hidup, A&P 45:46.