Bantuan Pengkajian
Orang Samaria


Orang Samaria

Orang-orang zaman Alkitab yang tinggal di Samaria setelah kerajaan Israel sebelah utara ditawan oleh orang-orang Assyria. Orang Samaria adalah sebahagian Israel dan sebahagian bukan Israel. Agama mereka adalah campuran kepercayaan dan amalan Yahudi serta kafir. Perumpamaan tentang orang Samaria yang baik dalam Lukas 10:25–37 menunjukkan kebencian yang telah orang Yahudi kembangkan terhadap orang Samaria kerana orang Samaria telah murtad dari agama orang Israel. Tuhan mengarahkan para Rasul untuk mengajarkan Injil kepada orang Samaria (Kis. 1:6–8). Filipus dengan penuh keberhasilan mengkhutbahkan Injil Kristus kepada orang Samaria dan melakukan banyak mukjizat di antara mereka (Kis. 8:5–39).