Pertuturan yang Jahat Lihat juga Dusta; Gosip; Khabar Angin; Pertikaian Mengatakan hal-hal yang salah, menyakitkan, dan jahat. Seringkali di dalam tulisan suci, pertuturan sedemikian ditujukan kepada seseorang dengan niat tertentu untuk menyebabkan perasaan sakit. Jagalah lidahmu terhadap yang jahat, Mzm. 34:13 (1Â Ptr. 3:10). Orang yang fasiq menggali lubang kejahatan, Ams. 16:27. Diberkatilah kamu apabila orang akan mengatakan bermacam-macam kejahatan palsu terhadapmu, Mat. 5:11 (3Â Ne. 12:11). Dari hati timbul segala fikiran jahat, Mat. 15:19 (Mrk. 7:21). Janganlah engkau berkata jahat tentang pemimpin, Kis. 23:5. Segala pertuturan jahat hendaklah dibuang darimu, Ef. 4:31. Janganlah saling bertutur jahat terhadap yang lain, Yak. 4:11. Memastikan bahawa tidak ada mengumpat, tidak juga pertuturan jahat, A&P 20:54.